Dunia

Arab Saudi nyata kebimbangan Islamophobia kepada PBB

Penganiayaan dihadapi tak masuk akal, tidak boleh diterima

NEW YORK, 1 Syawal 1441H, Ahad – Wakil Tetap Arab Saudi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Abdullah Yahya Al-Muallami menyatakan kebimbangan berhubung situasi
Islamophobia yang menyelubungi dunia ketika ini.

Abdullah berkata, wujud keperluan untuk mengatasi masalah berkenaan kerana penganiayaan yang mereka hadapi tak masuk akal dan tidak boleh diterima.

Beliau berkata demikian dalam mesyuarat secara maya bersama wakil Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh Ketua Jawatankuasa Jabatan Organisasi Antarabangsa Arab Saudi, Faisal Nasser Al-Haqbani.

Dalam mesyuarat itu, Abdullah turut mengenengahkan pendirian Arab Saudi dalam mempromosikan dialog kebudayaan di antara penganut agama berbeza bagi menegah
keganasan.

Katanya, Arab Saudi menyokong negara Islam di dalam kerangka OIC untuk menolak kepada diskriminasi dan sikap perkauman terhadap muslim di beberapa buah negara.

Katanya lagi, ini demi memastikan hak asasi manusia umat Islam terus terjamin serta terpelihara. – Agensi

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close