Berita Utama

Kebiasaan baharu ajar kita nilai murni kehidupan: Saifuddin

Rakyat Malaysia harus patuh kepada amaran, peringatan kerajaan

KUALA LUMPUR, 1 Syawal 1441H, Ahad – Kebiasaan baharu kehidupan sebenarnya mengajar kita nilai-nilai murni yang perlu dipatuhi dan hormat-menghormati adalah teras utama dalam menjalani kehidupan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Dalam mesej video ucapan Hari Raya Aidilfitri di laman rasmi Twitter beliau, Saifuddin berkata rakyat Malaysia harus patuh kepada amaran, dan amalkan langkah-langkah pencegahan dari semasa ke semasa agar wabak COVID-19 diatasi dengan sebaik mungkin.

“Berjauhan dengan keluarga bukan bermakna kita perlu berduka di lebaran ini, perhubungan sosial antara kita juga mampu dieratkan melalui hubungan dua hala khususnya dengan menggunakan teknologi terkini,” katanya.

Dalam pada itu Saifuddin turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga kebersihan diri secara praktikal, membasuh tangan dengan air dan sabun, memakai penutup mulut dan hidung, pensanitasi tangan serta mengamalkan jarakan sosial satu meter.

“Ini adalah kunci kejayaan kita dalam memerangai wabak COVID-19.

“Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. #KitaTeguhKitaMenang #KomunikasiKita,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close