Dunia

Lebih 22,000 kes positif COVID-19 di Indonesia

Turut catatkan 21 lagi kematian dalam tempoh 24 jam lalu

JAKARTA, 1 Syawal 1441H, Ahad – Indonesia mencatatkan 21 lagi kematian dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 di negara itu meningkatkan kepada 1,372 orang.

Jurucakap kerajaan Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, berkata jumlah kes positif meningkat kepada 22,271 kes iaitu tambahan 526 kes baharu.

“Ketika ini seramai 11,389 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19,” katanya dalam sidang media harian mengenai COVID-19 yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Umat Islam di Indonesia hari ini meraikan sambutan Aidilfitri dalam suasana luar biasa bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 dengan solat sunat Aidilfitri di masjid dilarang, tiada majlis rumah terbuka, balik kampung atau aktiviti saling berkunjung. – Bernama

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close