Berita Utama

PM wajar cemas, sokongan tak mustahil berubah

Suka atau tidak, Tun M adalah 'puppeteer' politik kepada PH, PN

BANGI, 1 Syawal 1441H, Ahad – Tidak mustahil sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berubah jika terdapat beberapa pemimpin dalam Perikatan Nasional (PN) terpaksa melompat kembali ke parti lawan.

Ketua Media Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Haji Rashidi Haris mendakwa, majoriti dengan 114 undi bukanlah angka selamat bagi kerajaan PN, kerana kelebihan tiga undi seharusnya membuat pihak mereka tidak senang duduk serta diselubungi perasaan cemas.

Katanya, ini kerana, bila-bila masa sahaja tiga atau mungkin lima undi dalam PN dan dalam kalangan bekas ahli UMNO boleh melompat apabila buku hitam masing-masing dibentangkan sekiranya terdesak.

“Masalah kewangan sudah bukan lagi agenda besar dan utama, namun jika ada ruang dan kesempatan tentu sekali tidak akan dilepaskan. Saat ini wang diperlukan sebagai dedak pada yang ada buku hitam.

“Mereka tiada pilihan, harus mengambil dedak lumayan atau buku hitam ditayang kepada khalayak ramai, akibatnya karier politik mereka akan terkubur selamanya. Bodohlah jika nama yang sudah pun tercalar kerana khianat melompat kononnya masih ada semangat wawasan bangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Haji Rashidi berkata, DAP – parti rasis dan cauvinis – diperbodohkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang mulanya menguasai tampuk kuasa negara sering kali terperasan diri bijak dan kerap menegur kesilapan bekas Perdana Menteri itu ketika membuat ucapan, tetapi kini menjadi seperti tikus yang disepak terajang.

“Tun M tahu DAP dan PKR tidak mempunyai kekuatan cukup untuk meninggalkannya. Mereka yang terdesak perlukan Tun M bukannya Tun M perlukan mereka.

“Suka atau tidak, game play politik hari ini Tun Mahathir adalah puppeteer kepada PH dan PN. DAP memang mengharapkan supaya Tun M bangkit menuntut kembali jawatan PM,” katanya.

BACA PENUH DI RUANGAN PENDAPAT ISMAWEB.NET

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close