Berita UtamaDunia

Protes kembali meletus di Hong Kong

China usulkan undang-undang baru namun ditolak penduduk

HONG KONG, 1 Syawal 1441H, Ahad – Hong Kong menyaksikan protes terbaharu terhadap undang-undang keselamatan yang diusulkan, selepas perintah berkurung dilonggarkan secara beransur-ansur.

Protes itu dipercayai berlaku susulan China mencadangkan satu undang-undang keselamatan untuk mengembalikan ketenangan di Hong Kong.

Undang-undang yang diusulkan baru-baru ini, diserahkan untuk perbincangan ke Kongres Rakyat Nasional (NPC) di mana ia dikatakan bertujuan meningkatkan langkah-langkah keselamatan dan menjaga keamanan nasional di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) ekoran tunjuk perasaan ganas menggegarkan wilayah itu selama berbulan-bulan tahun lalu.

Ratusan penunjuk perasaan turut serta, mengabaikan amaran polis sebelumnya terhadap perhimpunan itu.

Polis dilaporkan terpaksa melepaskan gas pemedih mata kepada para penunjuk perasaan yang telah berkumpul untuk berarak menentang cadangan rang undang-undang berkenaan di daerah Wan Chai dan Causeway Bay.

Terdahulu, China telah mengusulkan undang-undang baru sebagai sebahagian daripada langkah-langkah yang bertujuan untuk mengembalikan ketenangan di Hong Kong.

Tunjuk perasaan antikerajaan bermula tahun lalu kerana undang-undang ekstradisi yang kini ditangguhkan dan dibawa kepada bulan Jun.

Namun, sejak pemerintah mengenakan larangan terhadap perhimpunan awam untuk mengekang wabak COVID-19, Hong Kong kembali tenang.

Sementara itu, para pegawai telah memberi jaminan kepada para pelabur Hong Kong bahawa perniagaan tidak akan terjejas secara negatif di bawah undang-undang baharu.

Pejabat Pesuruhjaya Kementerian Luar Negeri China di Hong Kong mengatakan dalam satu kenyataan bahawa tahap autonomi kota yang tinggi ‘akan tetap tidak berubah, dan kepentingan pelabur asing di bandar akan terus dilindungi mengikut undang-undang.’ – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button