Berita UtamaDunia

5.3 juta kes COVID-19 seluruh dunia

AS paling tinggi 1.63 juta kes, disusuli United Kingdom dan Itali

LONDON, 2 Syawal 1441H, Isnin – Jumlah jangkitan wabak COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 5.37 juta kes di 196 negara, sementara angka kematian pula merekodkan 343,700 nyawa terkorban.

Tiga negara melepasi angka 30,000 kes dalam tempoh 24 jam, menyaksikan Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara merekodkan kematian tertinggi melepasi 97,000 kes.

United Kingdom dan Itali berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing mencatatkan lebih 36,000 dan 32,000 kes dalam masa sehari.

Ia disusuli dengan Kanada merekodkan angka jangkitan melepasi China dengan masing-masing mencatatkan 86,000 dan 84,000 kes.

Setakat ini, enam negara mencatatkan kes positif melebihi 200,000 dan AS satu-satunya negara yang mempunyai kes melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif 1.63 juta.

Lima negara lain yang mempunyai kes positif melebihi 200,000 ialah Rusia, Brazil, United Kingdom, Sepanyol dan Itali.

Asal pandemik ini masih disiasat namun salah satu sumber yang disyaki adalah pasar borong makanan laut Huanan di bandar ini yang merangkumi bahagian haiwan hidup yang dilaporkan menjual lebih dari 30 spesies haiwan termasuk anak serigala hidup, cengkerik emas, kala jengking dan musang.

Secara keseluruhan, penyelidik bersetuju bahawa penjelasan yang paling masuk akal adalah bahawa virus itu dari haiwan dipindahkan ke manusia dalam kejadian ‘limpahan zoonotik’.

China mendapat tekanan dari masyarakat seluruh dunia untuk menangani perdagangan hidupan liar secara haram setelah dikaitkan dengan munculnya penyakit zoonosis. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close