Berita UtamaDunia

China sedia kerjasama siasat punca COVID-19, tapi mesti bebas politik

Hormat kedaulatan semua negara dan tentang segala salah anggap

BEIJING, 2 Syawal 1441H, Isnin – China terbuka menjalinkan kerjasama antarabangsa bagi mengenal pasti punca kewujudan COVID-19, dengan menekankan bahawa siasatan itu mesti bebas daripada campur tangan politik.

Menteri Luar Negeri China, Wang Yi menyatakan demikian pada sidang media di luar sidang Parlimen tahunan pada hari Ahad, berikutan desakan dari Amerika Syarikat (AS) dan Australia untuk diadakan siasatan mengenai asal usul wabak COVID-19.

“China terbuka untuk bekerjasama dengan komuniti saintifik antarabangsa untuk mencari sumber virus. Kami mahu ia dilaksanakan secara profesional, adil dan konstruktif.

“Keadilan bermaksud prosesnya bebas dari campur tangan politik, menghormati kedaulatan semua negara, dan menentang segala salah anggap,” kata diplomat China itu.

Sejak patogen seperti selesema merebak di bandar Wuhan di China pada akhir Disember, Beijing dan Washington bertengkar mengenai penyebaran virus dan asal usulnya, meningkatkan lagi ketegangan antara dua kuasa ekonomi terbesar di dunia.

Presiden AS, Donald Trump terus menyebut novel coronavirus (COVID-19) sebagai virus China. Beijing telah membalas dengan mengatakan bahawa tentera AS membawa virus itu ke Wuhan dan memulakan wabak itu.

Trump selama beberapa minggu kebelakangan mendakwa bahawa terdapat bukti bahawa Beijing mencipta coronavirus di makmal perubatan di bandar China.  

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo pula telah beberapa kali menuduh China tidak bersikap telus dan jujur   mengenai wabak coronavirus di negara itu.

China dengan tegas membidasnya dan berulang kali mengatakan bahawa mereka tidak lain hanyalah terbuka, telus dan bertanggungjawab dalam memberi tahu WHO dan negara-negara yang terkena impak daripada wabak tersebut. – Agensi

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close