Berita UtamaDunia

Kes naik mendadak, AS sekat perjalanan dari Brazil

Aktiviti perdagangan tak jejas penguatkuasaan sekatan baharu

WASHINGTON, 2 Syawal 1441H, Isnin – Amerika Syarikat mengambil langkah drastik menyekat perjalanan dari Brazil – kini dipercayai lokasi utama baharu penularan wabak COVID-19.

Brazil kini negara kedua tertinggi di dunia selepas AS dengan mencatatkan lebih 360,000 kes dan lebih 22,0000 kematian akibat COVID-19. 

Setiausaha akhbar Rumah Putih, Kayleigh McEnany memberitahu, bukan warga Amerika yang berada di Brazil dalam tempoh 14 hari tidak akan dibenarkan memasuki AS jika ada permohonan daripada mereka.

Bagaimanapun, aktiviti perdagangan tidak akan terjejas dengan penguatkuasaan sekatan baharu itu.

“Langkah ini akan membantu warga asing yang berada di Brazil tidak menyumbang jangkitan tambahan di AS,” katanya.

Presidennya, Jair Bolsonaro didakwa menentang perintah berkurung kerana menyifatkannya sebagai tidak perlu berikutan menganggap COVID-19 hanya ‘masalah selesema yang kecil’.

Beliau berulang kali mendakwa tidak bersetuju pendapat gabenor negeri yang mahu melaksanakan peraturan itu dengan ketat.

Jair Bolsonaro adalah sekutu politik Trump – mempunyai persamaan sehingga diberi jolokan ‘Trump Tropika’ mengatakan COVID-19 hanya selesema biasa dan perintah berkurung hanya merugikan ekonomi terbesar Amerika Latin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close