Berita UtamaDunia

Lima maut, 20 cedera dalam letupan bom

Letupan berlaku di lokasi orang ramai menyambut Aidilfitri

MOGADISHU, 2 Syawal 1441H, Isnin – Sekurang-kurangnya lima orang maut manakala lebih dari 20 yang lain tercedera dalam satu letupan bom ketika perayaan Aidilfitri di Somalia.

Seorang pegawai polis dari Baidoa, Mohamed Muktar memberitahu jumlah kematian boleh meningkat kerana beberapa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

“Jumlah orang yang cedera adalah lebih daripada 20 termasuk wanita dan anak-anak, jumlah kematian mungkin meningkat kerana ada antara mereka cedera parah,” katanya.

Penduduk dan saksi tempatan mengatakan bahawa letupan itu dilakukan di lokasi di mana orang ramai berkumpul untuk menyambut perayaan Aidilfitri.

Bagaimanapun, belum ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab namun, serangan mematikan itu menjadi ciri khas pengganas al-Shabab yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda.

Somalia menghadapi ketidakstabilan dan keganasan sejak tahun 1991, ketika pemerintah tentera digulingkan.

Kumpulan pengganas al-Shabab telah menimbulkan kekacauan di Somalia selama lebih dari satu dekad. Pada tahun 2011, kumpulan pengganas itu dikeluarkan dari ibu kota Somalia dengan bantuan pasukan Kesatuan Afrika.

Namun, al-Shabab masih melakukan serangan pengganas yang membunuh terhadap pemerintah, tentera, dan orang awam di ibu kota, dan juga bandar-bandar wilayah.

Al-Shabab telah memerangi pemerintah Somalia berturut-turut dan juga pemerintah di negara jiran Kenya dan Uganda.

Awal tahun ini, kumpulan pengganas melancarkan serangan terhadap pangkalan tentera yang digunakan oleh tentera AS dan Kenya di negara jiran Kenya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close