Berita Utama

Wanita baru pulang dari Singapura positif COVID-19

Jabatan Kesihatan Johor sahkan 74 kes masih aktif

JOHOR BAHRU, 2 Syawal 1441H, Isnin – Seorang wanita yang baru pulang dari Singapura disahkan positif COVID-19 selepas menjalani saringan di Hospital Permai.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, wanita berusia 56 tahun itu sebelum ini tinggal bersama anaknya di republik berkenaan.

Berdasarkan kes baharu membabitkan wanita itu, ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Johor sebanyak 671.

Mengulas lanjut, Vidyananthan berkata, daripada 671 yang direkodkan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor melaporkan 74 kes masih lagi aktif.

“Namun, tiada kes kematian direkodkan semalam yang menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Johor akibat COVID-19 kekal seramai 19 orang,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button