Kolumnis

Harga perlu dibayar jika berkata benar

Warga akademik bebas berhujah selagi tak bertentang perundangan

Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi,

Sehari sebelum hari raya, saya menerima surat amaran terakhir daripada majikan saya berhubung artikel sebelum ini bertajuk “Ikramisasi ketika wabak COVID-19 melanda”. Artikel saya ini dikatakan menimbulkan kontroversi.

Kontroversi macam mana? Saya pun tidak tahu, kerana pada saya, kontroversi itulah yang baik, kerana lagi kontroversi, lagi baik untuk percambahan idea.

Inilah amalan negara-negara Barat (maju), kontroversi memang dialu-alukan. Berbeza dengan mereka yang jumud, kontroversi dianggap sebagai ancaman, tidak membawa sebarang kebaikan.

Some educationists avoid controversies, fearing that they may lead to serious  rifts, even violence, between students and may also arouse the displeasure of  administrators and community members. However, for several reasons, educationists in many subject areas and at many levels of education utilise controversies (Jacobs GM 2010)

Controversy can also provide a glimpse of the complexity of the real world and encourage a tolerance of ambiguity (Budner, 1962).

Working with others to present one’s position(s) in a controversy and hearing the  views of others may lead students towards greater appreciation of the benefits of  cooperation (Deutsch, 1949).

Enjoying the struggle involved in researching, grasping and presenting views can  provide intrinsic rewards that spur similar future engagement with the same or other  controversial topics (Csikszentmihalyi, 1990).

Kontroversi bukan suatu yang luar biasa dalam dunia akademik. Malah, banyak mendatangkan kebaikan.

Hari ini, kita berhadapan dengan ribuan (jutaan) artikel yang bukan sahaja kontroversi malahan berunsur fitnah dan berbagai lagi dalam laman sosial. Kenapa tidak diambil tindakan? Kenapa saya menjadi sasaran?

Saya tidak pernah takut, kerana saya menulis kerana benar. Saya tidak menyamar ketika menulis seperti pihak satu lagi, yang menyamar masuk dalam organisasi bagi mendapat laba.

Saya jenis manusia yang berterus-terang. Tidak pandai menyusup sana sini.

Saya cukup teruja, jika ia dibuka kepada perdebatan akademik. Panggil pemimpin-pemimpin IKRAM untuk berhadapan dengan saya. Apa yang perlu ditakutkan? Saya bersedia berdebat dan berhadapan mereka di pentas terbuka, bukan pentas sembunyi, kerana saya tidak pandai buat kerja sembunyi-sembunyi.

Paling penting, jawab dahulu isu-isu penting yang telah saya lontarkan dalam artikel saya yang telah dikatakan mencetuskan kontroversi.

Selaku rakyat yang hidup dalam sebuah negara demokrasi, saya bebas untuk bersuara. Kebebasan ini dijamin oleh Perlembagaan. Apatah lagi dalam dunia akademik ini. Hujah dibalas hujah. Lagi pun ini langit terbuka.

Jika apa yang saya tulis itu tidak betul, pihak yang dikaitkanlah yang mengambil tindakan, iaitu IKRAM. Peliknya, kenapa mereka yang ‘tidak berkaitan’ pula yang mengambil tindakan. Saya langsung tidak menyentuh organisasi tempat saya bekerja. Saya hanya meluahkan isi hati saya dalam FB peribadi saya. Adakah itu pun salah?

Saya memohon YBM Menteri Pengajian Tinggi supaya dapat melakukan siasatan terhadap perkara ini. Lagipun surat amaran tersebut turut disalinkan kepada YBM Pengajian Tinggi.

Lawanlah hujah dengan hujah, bukan sewenang-wenangnya guna kuasa mengambil tindakan. Ini bukan kali pertama berlaku. Siapa yang makan cili, siapa pulak yang terasa pedas ni?

Saya hanya menulis mengenai Ikramisasi yang berlaku. Kejadian itu pulak menimpa diri saya, pengalaman yang saya lalui sendiri bersama pemimpin IKRAM. Salahkah saya menulis? Ini negara demokrasi atau negara komunis?

Dalam dunia akademik, setiap warganya bebas berhujah selagi mana tidak bertentangan dengan undang-undang atau boleh memporak-perandakan negara.

Kepada yang berkenaan, atau yang terasa pedas jika termakan cili, jawablah jika kritikan saya tidak benar. Saya cukup teruja jika IKRAM sendiri yang menjawab. IKRAM sendiri yang mengambil tindakan undang-undang.

Saya bersedia untuk berhadapan di mahkamah keadilan. Maknanya, jika yang ditujukan itu tidak jawab, maka apa yang saya perkatakan itu benar.

Saya tidak akan menyerang jika tidak diserang. Tetapi sudah tentu, saya tidak akan menyerang tanpa tentangan.

Eid Mubarak, Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close