Berita UtamaDunia

72 terbunuh, 140 cedera letupan di masjid Afghanistan

'Warga emas, kanak-kanak lelaki dipenuhi darah terkena letupan'

KABUL, 3 Rabiulawal 1443H, Ahad – Letupan bom dipercayai dilakukan Gabungan Negara Islam-Khorasan (ISKP) mengorbankan kira-kira 72 orang dan lebih 140 yang lain cedera, menurut sumber hospital.

Seorang penduduk berkongsi pengalaman mendengar letupan menakutkan ketika berada di dalam rumah di bandar Kunduz, pada waktu itu dia sedang bersiap menunaikan solat Jumaat.

Samir Azizi berkata, letupan dipercayai berlaku berhampiran masjid ketika mana penduduk begegas untuk solat berjemaah.

“Puluhan rakyat terutama warga emas, kanak-kanak lelaki dipenuhi darah terkena letupan dan saya mendengar jeritan meminta pertolongan,” kata lelaki berusia 25 tahun itu kepada Al-Jazeera.

Katanya, keadaan semakin getir apabila orang ramai mengerang kesakitan namun ambulans hanya tiba selepas 40 minit.

Penduduk bekerjasama membawa mangsa ke hospital menggunakan kenderaan awam.

Sementara itu, sumber hospital di wilayah Kunduz pula memaklumkan, lima pesakit telah meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah, awal Jumaat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button