Berita Utama

Bukan hanya Muhyiddin, Tun M juga bergaduh dengan diri sendiri

Masih ramai anggap konflik di antara dua pemimpin itu sebagai wayang

BANGI, 3 Syawal 1441H, Selasa – Ramai yang berhujah konflik melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini hanyalah sebahagian daripada wayang yang dibuat-buat.

Bahkan, masih ramai yang bersangka baik dengan bekas Perdana Menteri berusia 95 tahun itu dan merasakan bahawa perbalahan hanya sebuah komplot antara dua pihak, dakwa peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

“Saya tak fikir begitu. Ini bukan cubaan cubaan cubaan. Ini betul-betul gaduh,” dakwanya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Ini kerana, dakwanya lagi, Dr Mahathir pada hakikatnya akan bergaduh dengan sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri termasuk dirinya sendiri.

“Itu yang letak jawatan lepas itu meroyan menyesal nak semula jawatan tu,” sindir beliau.

Pada 24 Februari lalu, Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan setengah jam kemudian, turut mengumumkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau berkata, keputusan meletak jawatan itu dibuat ketika itu beliau merasakan tidak lagi mendapat sokongan majoriti, seterusnya tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Namun, kini, beliau bertindak menyerang kerajaan yang baharu dibentuk malah mengusulkan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin yang satu masa dahulu merupakan rakan seperjuangannya.

Ahli Parlimen Langkawi itu turut berikrar tidak akan berhenti daripada usaha menjatuhkan Muhyiddin.

Dr Mahathir berkata, pakatan Muhyiddin hanya meraih kelebihan dua kerusi daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat dan berkata beliau akan meneruskan kerjasama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggulingkan kerajaan PN.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close