Berita Utama

COVID-19: Kerajaan punyai SOP tempat tinggal pekerja asing

Libatkan kuarters, rumah kongsi bagi bendung penularan COVID-19

PUTRAJAYA, 3 Syawal 1441H, Selasa – Kerajaan mempunyai prosedur operasi standard (SOP) mengenai tempat tinggal pekerja asing iaitu di kuarters dan rumah kongsi mereka di negara ini sebagai langkah membendung penularan COVID-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kedua-dua premis berkenaan mempunyai SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Beliau berkata kuarters pekerja asing diletakkan di bawah seliaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) manakala rumah kongsi pula adalah di bawah seliaan KSM.

“Kedua-dua premis itu mempunyai SOP berkaitan tempat tinggal, keluasan lantai, tempat berkumpul, jumlah individu yang boleh tinggal dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), di sini hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close