Berita Utama

COVID-19: Penginapan sempit antara punca jangkitan warga asing

Majikan bertanggungjawab memberi pendidikan kepada pekerja

PUTRAJAYA, 3 Syawal 1441H, Selasa – Kawasan penginapan pekerja yang sempit, tahap amalan kebersihan diri serta persekitaran yang kurang memuaskan, dikenal pasti sebagai punca penularan COVID-19 dalam kalangan warga asing.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ruang penginapan yang sempit mengakibatkan tiada amalan jarakan sosial, antara satu sama lain.

Justeru itu katanya, majikan bertanggungjawab memberi pendidikan kepada pekerja, tentang amalan kebersihan dan langkah pencegahan.

“Majikan juga harus memastikan amalan pencegahan bukan sahaja diamalkan di tempat kerja, malahan penting diamalkan di tempat penginapan pekerja, supaya dapat mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19 dari tempat penginapan ke tempat kerja dan sebaliknya.

“Pematuhan SOP di tempat kerja akan menjadi sia-sia, sekiranya majikan tidak proaktif dalam memastikan langkah pencegahan penularan COVID-19 turut diambil dan diikuti pekerja, di tempat penginapan,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di sini hari ini. – Bernama

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close