Berita Utama

Demokrasi pembangkang melebihi Greek purba: Presiden PAS

Pasca PRU-14 diselubungi krisis, masalah menyusahkan rakyat

BANGI, 3 Syawal 1441H, Selasa – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tetap menerima arahan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun dituduh penakut serta tidak yakin kepada qada dan qadar Allah SWT.

Beliau berkata, langkah menyelamatkan negara yang diambil dengan cara baik telah bertambah berat tanggungjawabnya akibat wabak COVID-19 yang menimpa seluruh dunia.

Katanya, seluruh dunia dalam keadaan darurat, dan setiap negara melihat menjaga nyawa manusia dalam menghadapi wabak COVID-19 hendaklah diutamakan daripada segala perkara yang lain. 

“Walaupun ada orang menyebutkan seakan kerajaan seperti penakut kerana sidang Parlimen dipendekkan walaupun tidak membatalkannya.

“Juga dipersoalkan mengapa tidak dilantik Timbalan Perdana Menteri dan persoalan-persoalan lain seterusnya. Ini kerana terlalu tinggi menggunung semangat demokrasi mereka melebihi daripada demokrasi Greek purba,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abdul Hadi berkata, pihak berkenaan mendukung demokrasi yang berteraskan perjuangan Greek purba apabila melaungkan slogan ‘suara rakyat suara tuhan’ atau diubah suai kepada bahasa Melayu iaitu ‘suara rakyat suara keramat’. 

“Walaupun rakyat tertipu dengan media upahan yang beroperasi tanpa batas sempadan yang disalahgunakan keramatnya, demi mencapai kemenangan di atas pentas demokrasi sehingga kemenangan itu rapuh dan mentah.

“Beginilah nasib negara ketika PRU-14 dan pascanya sehingga negara terpaksa diselamatkan kerana mentahnya kemenangan yang tidak berkesudahan dengan krisis yang berlaku dan menyusahkan rakyat,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close