Berita Utama

Pemandu mabuk: Kesimpulannya hukum gantung pesalah

PEMBELA garis 3 tindakan boleh diambil termasuk haramkan arak

BANGI, 3 Syawal 1441H, Selasa – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menggariskan tiga kesimpulan yang boleh ambil kerajaan dalam menangani masalah pemandu mabuk di negara ini.

Naib Pengerusinya, Cikgu Izzat Johari berkata, satu daripada kesimpulan berkenaan adalah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada pesalah.

“Nampaknya satu kajian perlu dibuat melibatkan pemandu mabuk dan mangsa kejadian.

“Kesimpulan, haramkan penjualan arak, tahan lesen memandu seumur hidup dan hukuman gantung sampai mati,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, seorang lelaki maut selepas keretanya dirempuh sebuah kereta yang dipandu melawan arus, dipercayai akibat pengaruh alkohol di Jalan Pintasan Kuantan, di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Supt Kamarulzaman Jusoh, berkata dalam kejadian jam 9.20 malam itu, mangsa, Irwan Herman Kamarudin, 41,meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan dada.

“Mangsa yang memandu kereta Toyota Yaris difahamkan dalam perjalanan dari rumah di Sungai Isap Perdana ke Gabeng kerana bekerja syif malam sebelum kenderaannya dirempuh sebuah kereta Toyota C-HR yang dipandu melawan arus dan dalam keadaan berbahaya.

“Kereta itu dipercayai mula dipandu melawan arus dari susur masuk Jalan Pintasan Kuantan di Semambu menyebabkannya hampir bertembung dengan beberapa buah kenderaan yang perlu mengelak daripada berlanggar,” katanya semasa dihubung, di sini, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button