Berita Utama

PKPB: 42 ditahan main snuker

Penjaga premis gagal kemukakan lesen hiburan sah

ALOR SETAR, 3 Syawal 1441H, Selasa – Seramai 42 lelaki termasuk remaja berusia 19 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah pusat snuker di Sungai Petani dekat sini kira-kira jam 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Mudah, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pasukan khas polis melakukan serbuan di premis berkenaan selepas membuat rondaan dan pemeriksaan penguatkuasaan pemantauan coronavirus.

“Pemeriksaan lanjut di dalam premis mendapati beberapa orang sedang bermain snuker berserta penonton.

“Hasil semakan, penjaga premis gagal mengemukakan sebarang lesen hiburan yang sah,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Adzli berkata, seramai 42 individu itu termasuk empat pekerja berusia 19 hingga 62 tahun ditahan untuk tindakan lanjut.

“Daripada jumlah itu, 27 individu ditahan adalah pemain manakala 11 individu lagi penonton,” katanya.

Menurutnya, pihaknya turut merampas beberapa peralatan dalam premis berkenaan termasuklah 27 kayu snuker, sembilan set bola snuker, satu helai resit perniagaan, serangkai anak kunci premis dan wang tunai bernilai RM831.60.

Adzli berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan; Peraturan3 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 2020 dan Seksyen 6 (2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button