Pendapat

Tingkap, cermin dalam kepimpinan

Pemimpin hebat rai kejayaan dengan melihat ke luar tingkap

PEMIMPIN yang hebat meraikan kejayaan dengan melihat ke luar tingkap. Dia memerhatikan setiap ahli pasukannya, memuji, memberikan kredit serta ganjaran kepada mereka semua yang dia sendiri gelar sebagai hero

Namun, apabila ditimpa kegagalan dia melihat ke dalam cermin. Melakukan muhasabah, refleksi serta koreksi terhadap segala kelemahan dan kekurangan dirinya. Dia tidak nampak orang lain atau mana-mana ahli pasukannya dalam cermin tersebut

Sebaliknya, pemimpin yang lemah meraikan kejayaan dengan melihat ke dalam cermin. Dia memerhatikan ‘kehebatan’ peribadi, memuji, memberikan kredit serta ganjaran kepada dirinya sendiri yang dia gelar sebagai hero

Namun, apabila ditimpa kegagalan dia melihat ke luar tingkap. Dia memerhatikan setiap ahli pasukannya, menuding jari, memberikan tuduhan serta meluahkan kemarahan kepada mereka semua yang dia sendiri gelar sebagai punca masalah. Dia tidak nampak dirinya apabila melihat ke luar tingkap

Masa dan ketika anda menggunakan tingkap dan cermin merupakan petunjuk kehebatan gaya kepimpinan anda!

Kluster Tarbiyah ISMA
Ir Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close