Berita Utama

Jom kita tentang arak!

Apakah pinda undang-undang selesai isu pemandu mabuk sebabkan kematian

BANGI, 4 Syawal 1441H, Rabu – Rakyat digesa bersatu menentang industri arak memandangkan bala dan keruntuhan sosial masyarakat awam lebih besar daripada pendapatan yang disumbang oleh industri itu.

Ketua Angkatan Pemuda-Pemudi BERJASA, Hazwan Mohamad berpandangan bahawa bukan sekadar undang-undang yang perlu ditambah, bahkan kerajaan mesti mengambil langkah kawalan kerana boleh jadi si peminat arak masih tetap bebas menikmati minuman keras itu.

“Satu persoalan yang wajar untuk ditanya, adakah benar pemandu mabuk ini memandu secara mabuk kerana undang-undang yang diperuntukkan adalah ringan?

“Dan apakah meminda undang-undang sedia ada kepada yang lebih berat dapat menyelesaikan isu pemandu mabuk yang menyebabkan kematian?

“Atau kita sebenarnya memerlukan solusi yang lebih mendalam bagi menyelesaikan isu ini?” soalnya dalam satu kenyataan.

Hazwan menegaskan di negara Barat selain daripada mengenakan hukuman yang berat dan ketat, mereka turut melaksanakan tindakan kawalan terhadap rakyatnya.

Katanya, ia termasuklah larangan minum arak di tempat awam dan juga perniagaan minuman beralkohol serta hanya dijual di kedai yang berlesen sahaja.

“Malaysia pula bagaimana? Sebuah negara Islam, majoritinya beragama Islam, majoriti rakyatnya tidak mengambil alkohol sebagai ‘cara atau budaya’ hidup.

“Tetapi arak amat mudah didapati hatta di kedai-kedai serbaneka 24 jam yang berada di ceruk-ceruk tempat sekalipun majoriti penduduk adalah beragama Islam.

“Ada apa pada ‘peminat’ arak ini? Industri yang semakin mengukuh konon ‘menyumbang’ kepada pendapatan cukai negara? Terbaharu, FB Malaysia menyekat status rakan-rakan seperjuangan yang lantang menyuarakan ketidakpuashatian. Siapa di sebalik semua ini?” soalnya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan arak juga tidak memberikan kebaikan untuk kesihatan.

“Dapatan daripada kajian yang direkodkan melalui jurnal bertajuk ‘No Level of Alcohol Consumption Improves Health’ yang membabitkan 195 buah negara dari tahun 1990 sehingga 2016 mendapati alkohol adalah penyumbang besar kepada masalah kesihatan sejagat, tidak kira kecil atau besar kadar pengambilannya.

“Bukan sahaja agama Islam, tetapi agama lain juga tidak pernah menganjurkan untuk penganutnya minum arak,” katanya.

Kes kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk kerap berlaku. Terbaru seorang kakitangan Alam Flora maut selepas keretanya dirempuh sebuah kereta yang dipandu melawan arus, dipercayai akibat pengaruh alkohol, di Jalan Pintasan Kuantan, Kuantan.

Mangsa, Irwan Herman Kamarudin, 41, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan dada.

Terdahulu, dua sahabat maut selepas motosikal ditunggangi mereka dilanggar kereta dipandu wanita disyaki dalam keadaan mabuk di Km13, Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) menghala Sungai Dua, Butterworth.

Sebelum itu, seorang penunggang motosikal maut, manakala rakannya cedera juga disebabkan pemandu disyaki mabuk dalam kejadian di Batu 10, Jalan Apas, Tawau.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close