Berita Utama

Lambakan warga asing timbulkan beban ‘luar biasa’ kepada negara

Pemilikan MyKad warga asing bukti pembabitan pengkhianat

INI kalilah !

Dianggarkan Malaysia mempunyai seramai 2.2 juta orang tenaga kerja warga asing berdaftar, manakala 3.3 juta orang lagi adalah tenaga kerja asing tidak berdaftar (PATI).

Jumlah yang sebenar mungkin lebih daripada ini kerana ramai di kalangan mereka yang berkahwin dan mempunyai anak dan keluarga yang membesar.

Ini tidak termasuk di kalangan pelarian yang datang ke Malaysia sama ada berdaftar atau tidak dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

( Ini juga tidak termasuk di kalangan pelancong mewah yang datang ke Malaysia dan tidak mahu pulang ke negara mereka sehingga memiliki rumah dan identiti pengenalan diri yang palsu.)

Manakala rakyat Malaysia kini dianggarkan berjumlah seramai 32.8 juta orang.

Manakala, rakyat Malaysia kini dianggarkan berjumlah seramai 32.8 juta orang.

Ini bererti Malaysia mempunyai sejumlah pendatang yang sangat ramai di negara sendiri yang perlu dikendalikan.

Biar pun tujuan asalnya adalah bagi mendapatkan tenaga buruh luar dengan lebih mudah dan murah (sedikit), kebanjiran warga asing yang terlalu ramai ini telah menimbulkan pelbagai beban, antaranya:

1- Beban sosial
2- Kadar jenayah (seks, judi, rompakan)
3- Saingan kerjaya anak tempatan
4- Beban tanggungan kesihatan dan pendidikan
5- Keselamatan dan kesejahteraan

Isu ke-5 ini adalah kemuncak kepada segala masalah yang disenaraikan.

Apa tidaknya, jutaan pendatang boleh melolosi sempadan darat, laut dan udara (KLIA) dengan mudah. Manakala pemilikan kad pengenalan, pasport dan lain-lain membuktikan secara jelas keterlibatan PENGKHIANAT dan PETUALANG (orang dalam) terhadap jenayah ini.

Bertindaklah sebelum negara ini terjual !

Bersambung :

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
Naib Presiden ISMA

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button