Pendapat

Siti Kasim cadang tutup sekolah tahfiz daripada haramkan arak

Pemikiran liberal begitu lantang pertahankan hak arak

KETIKA memberikan komentar mengenai desakan rakyat agar arak diharamkan, Siti Kasim dilihat cuba mengalihkan isu dengan menyalahkan sekolah Tahfiz. Kata Siti Kasim:

“Alcohol is not the problem. The irresponsible drinkers are the problem. Just like the Tahfiz schools are not the problem. It is the management that managed the schools are the problem. You want to ban alcohol just because it suits you? Then ban Tahfiz schools too for causing much damage to our innocent children.” (FB Siti Kasim)

2. Ini adalah satu falasi yang jelas bahkan bertentangan dengan syarak. Al-Quran secara tuntas menerangkan bahawa arak adalah minuman yang membawa keburukan. Bagaimana Siti Kasim boleh mengatakan arak bukan satu masalah sedangkan al-Quran menafikannya. Adakah Siti Kasim cuba mempertikaikan al-Quran?

3. Kesalahan kedua dilihat apabila Siti Kasim cuba menyamakan kelemahan pengurusan Sekolah Tahfiz dengan mudarat yang dibawa oleh arak. Analogi atau perbandingan yang dibawa Siti Kasim ini menampilkan falasi yang sangat jelas. Mudarat arak telah disahkan di dalam al-Quran sedangkan kelemahan pentadbiran boleh diperbaiki.

4. Malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO-World Health Organization) sendiri mengesahkan bahawa tiada paras yang selamat buat minuman beralkohol. Ia langsung tidak boleh disamakan dengan kelemahan pentadbiran yang boleh diperbaiki dengan latihan pengurusan dan jalan lain.

Agak menghairankan bagaimana analogi begini dikeluarkan oleh orang yang berpendidikan. Atau apakah golongan liberal begitu anti dengan Maahad Tahfiz sehingga disamakan dengan keburukan arak?

5. Jangan langsung disamakan isu pentadbiran Maahad Tahfiz dengan kemudaratan arak. Inilah bahana kerangka pemikiran liberal yang begitu lantang mempertahankan hak arak sehingga dilihat memandang rendah institusi pendidikan Islam.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr Ahmad Sanusi Azmi

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button