Berita Utama

Tiada kes positif lain dikesan daripada mesyuarat pasca-Kabinet

KKM masih siasat sumber jangkitan di Pusat Tahanan Imigresen

PUTRAJAYA, 4 Syawal 1441H, Rabu – Tidak ada kes positif COVID-19 yang lain dikesan daripada mesyuarat pasca-Kabinet Rabu lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Mengenai mesyuarat pasca-Kabinet, semua yang menghadiri atau anggota mesyuarat pasca-Kabinet didapati negatif.

“Lebih penting lagi, individu yang dikenal pasti (kes positif) juga dirawat, diasingkan dan bertindak balas dengan baik. (Beliau) asimptomatik tetapi positif. Oleh itu, kami mengawasi dengan teliti,” katanya pada sidang media harian di sini hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah antara 35 orang yang diminta menjalani kuarantin selama 14 hari di rumahnya setelah mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Mengenai perkembangan lain, Dr Noor Hisham berkata, kementerian masih menyiasat sumber jangkitan di Pusat Tahanan Imigresen kerana masih belum diketahui punca jangkitan.

“Kita telah mengasingkan semuanya ke hospital sementara MAEPS dan mereka yang mempunyai kontak rapat juga telah diasingkan untuk kuarantin.

“Oleh itu, kita berjaya melakukan yang terbaik dari segi pengesanan kes aktif dan juga untuk mengasingkan dan merawat mereka. Kita belajar dari pengalaman ini untuk mengelakkan pusat lain dan tempat-tempat lain yang sesak,” katanya.

Beliau menjelaskan, terdapat keperluan untuk menyelesaikan masalah tempat-tempat sesak dan tertutup terutamanya bagi tempat tinggal pekerja asing.

“Sekiranya terdapat jangkitan, bukan hanya COVID-19 tetapi semua penyakit berjangkit lain, dan anda tinggal di tempat yang tertutup pasti penyakit berjangkit akan terus tersebar.

“Hari ini kita perlu mengubah norma bagaimana kita melakukan sesuatu yang berbeza dari masa lalu dan untuk memiliki masa depan yang lebih baik,” tambahnya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close