Berita UtamaDunia

5 pesakit COVID-19 maut, unit hospital Bangladesh terbakar

Bomba syaki unit penyaman udara meletup dalam bangsal

DHAKA, 5 Syawal 1441H, Khamis – Sekurang-kurangnya lima terbunuh apabila unit pengasingan wabak COVID-19 hospital di Gulshan Dhaka terbakar, malam tadi.

Unit pengasingan itu difahamkan baru sahaja dibina di hadapan hospital terbabit beberapa minggu lalu, khas untuk merawat pesakit COVID-19.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Dhaka, Sudip Kumar Chakraborty berkata, api merebak dengan cepat kerana terdapat bahan mudah terbakar seperti cecair nyah kuman dalam unit itu.

“Tiga daripada mangsa adalah pesakit COVID-19 manakala dua lagi mereka yang sudah disahkan negatif,” katanya.

Sementara pegawai bomba, Kamrul Hasan memberitahu, kebakaran berlaku selepas sebuah unit penyaman udara meletup dalam bangsal milik hospital.

“Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh sejam dan lima mangsa terkorban sesak nafas akibat kebakaran itu.,” katanya.

Wabak COVID-19 semakin buruk di Bangladesh sejak minggu lalu apabila kematian mencecah 544 kes dan hampir 40,000 mangsa jangkitan.

Terbaharu, kerajaan Bangladesh mengarahkan sebahagian besar hospital kerajaan mula merawat pesakit COVID-19, yang hanya dilakukan beberapa hospital swasta sebelum ini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close