Berita Utama

Bersatu pecat Tun M

Empat ahli parti itu turut terima nasib sama

KUALA LUMPUR, 5 Syawal 1441H, Khamis – Keahlian Tun Dr Mahathir Mohamad serta Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam parti itu terhenti berkuat kuasa serta-merta.

Turut menerima nasib yang sama ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Maszlee Malik dan Datuk Amiruddin Hamzah, serta Ketua Armada Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (kiri); Ketua Armada BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Dr Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah. -Gambar Berita Harian

Surat yang ditandatangani Setiausaha Kerja Bersatu Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya berhubung perkara itu tular di media sosial hari ini.

“Dalam sidang Parlimen pada 18 Mei 2020, YB Tun juga telah menyertai dan duduk di blok pembangkang.

“Maka, dengan ini dimaklumkan bahawa menurut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, keahlian YB Tun dalam Bersatu adalah terhenti serta-merta,” menurut surat itu.

Surat itu juga menyatakan kelima-lima ahli Parlimen berkenaan duduk di blok yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Presiden/Pemangku Pengerusi Bersatu pada sidang Dewan Rakyat lepas.

Sementara itu, Syed Saddiq gagal dihubungi bagi mengesahkan tentang surat berkenaan. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close