Berita UtamaDunia

India perlu AS$20 bilion tangani wabak COVID-19

Situasi serius, bank perlukan dana baharu dalam masa terdekat

NEW DELHI, 5 Syawal 1441H, Khamis – India kemungkinan perlu menyuntikkan hingga 1.5 trilion rupee (AS$19.81 bilion) kepada pemberi pinjaman milik negara kerana timbunan aset dijangka berlipat ganda sepanjang pandemik coronavirus, kata sumber kerajaan dan perbankan kepada Agensi Berita Reuters.

Kerajaan pada awalnya mempertimbangkan anggaran sekitar 250 bilion rupee (AS$3.29 juta) untuk permodalan semula bank, bagaimanapun jumlah itu meningkat dengan ketara, kata seorang sumber kanan kerajaan yang mengetahui maklumat mengenai perkara itu.

“Situasinya sangat serius,” kata sumber itu, sambil menambah bahawa bank akan memerlukan dana baharu dalam masa terdekat.

Sumber diminta untuk tidak dikenali kerana perbincangan itu bersifat peribadi. Kementerian Kewangan India tidak memberi maklum balas kepada permintaan untuk memberi komen ketika waktu bekerja semalam.

Rancangan modal masih dibincangkan dan keputusan akhir dapat diambil pada separuh kedua tahun fiskal, kata sumber kerajaan kedua. Tahun fiskal India bermula dari 1 April.

Bank-bank India telah dibebani dengan 9.35 trilion rupee (AS$122.6 bilion) aset tidak berprestasi pada akhir September 2019, atau secara kasar 9.1 peratus daripada jumlah aset mereka pada masa itu.

Penutupan di seluruh negara memasuki bulan ketiga dijangka menyebabkan pengucupan pertumbuhan ekonomi pada tahun kewangan semasa, menurut beberapa agensi penarafan dunia yang juga mengubah pandangan mereka terhadap sektor perbankan menjadi negatif. Pemulihan ekonomi mungkin memakan masa yang lama.

Satu sumber perbankan mengatakan bahawa tidak mungkin kerajaan Persekutuan dapat membiayai keseluruhan suntikan modal itu sendiri dan mungkin bergantung pada langkah tidak langsung seperti menerbitkan bon sebagai alat permodalan semula – kaedah yang digunakan sebelumnya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close