Berita Utama

Mangsa kedua ditemui di dasar sungai

Khairil Firdaus Mohd ditemui kira-kira 150 meter dari lokasi kejadian

KUALA BERANG, 5 Syawal 1441H, Khamis – Tidak sampai dua jam selepas penemuan mayat pertama kes lemas membabitkan tiga beradik di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu menemui mayat kedua pada 11.36 pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu Mohd Basri Kamarazaman berkata mayat Khairil Firdaus Mohd, 17, ditemui di dasar sungai, kira-kira 150 meter dari lokasi kejadian.

“Pencarian diteruskan untuk mangsa terakhir iaitu Khalif Naim, 16,” katanya.

Terdahulu, mayat Umar Iskandar, 21, ditemui pada 9.50 pagi di dasar sungai itu, kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian. – Bernama

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close