Berita Utama

Mangsa terakhir kes lemas ditemui

Mayat Khalif Naim ditemui kira-kira 170 meter dari lokasi kejadian

KUALA BERANG, 5 Syawal 1441H, Khamis  – Mayat terakhir kes lemas membabitkan tiga beradik di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong ditemui pada 12.40 tengah hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu Md Hilman Abd Rashid berkata, mayat Khalif Naim Mohd, 16, ditemui kira-kira 170 meter dari lokasi kejadian.

Terdahulu, mayat pertama,Umar Iskandar ditemui di dasar sungai kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian pada 9.50 pagi, disusuli mayat Khairil Firdaus, 17, pada 11.36 pagi.

Khalif Naim ialah pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Berang dan dilaporkan baru sahaja menghafaz 30 juzuk al-Quran pada 10 Mac lepas.

Khairil Firdaus pula ialah pelajar tingkatan lima Sekolah Agama Mahmudiah, Kuala Berang manakala Umar Iskandar adalah pelajar Universiti Malaya.

Kesemua mangsa dikatakan ke sungai itu yang terletak hanya 200 meter dari rumah mereka kira-kira  6 petang semalam. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button