Berita UtamaPendapat

PATI: Agenda belum terbongkar atau sengaja disembunyikan?

Perintah kawalan secara agresif di sempadan hanya ketika COVID-19

100,000 pelancong tidak keluar Malaysia. Jutaan pendatang tanpa izin (PATI) tanpa dokumen berada dalam Malaysia.

Sebahagian PATI mungkin boleh dikesan di mana mereka berada, tetapi tidak kesemuanya. Dengan jumlah yang begitu ramai mencecah jutaan orang, adakah mampu negara kita mengatasinya?

Penangkapan PATI ketika wabak pandemik COVID-19 pun jauh untuk mencecah 10,000 orang.

Perintah kawalan di sempadan secara agresif dilakukan ketika COVID-19 bermakna kawalan di negara kita sebelum ini tidak seketat sebagaimana sekarang.

Lorong-lorong tikus ditutup dan dikawal pun ketika wabak COVID-19. Sedangkan isu pendatang asing secara aktif bermula sekitar tahun 1990 lagi.

Pada bulan Disember 2006, Syed Shahir, Presiden Malaysian Trade Union Congress atau Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah mengesahkan bahawa, terdapat kira-kira 1.8 juta pekerja asing berdaftar yang direkodkan.

Pada masa yang sama juga mengikut anggaran pihak kerajaan terdapat jumlah yang sama untuk pekerja asing yang tidak berdaftar.

Jumlah sebenar pekerja asing yang tidak berdaftar boleh mencecah lima juta orang.

Jumlah yang begitu tinggi ini adalah penyebab utama penggubalan polisi dan perundangan terhadap PATI dilaksanakan, iaitu untuk mengawal migrasi pendatang yang begitu ramai dan luar biasa.

Pada masa penggubalan perundangan dan polisi dibuat, para majikan dan dalang yang terbabit perlu dikenakan tindakan yang tegas tanpa kompromi.

Jangan tanpa kompromi kepada PATI sahaja. Jangan hanya berani bertindak kepada PATI dengan membiarkan majikan dan dalang bermaharajalela mengimport PATI baharu dibawa masuk ke Malaysia.

Pada masa sama, tindakan terhadap 100,000 pelancong China dan India yang belum keluar dari Malaysia perlu dilakukan secara agresif.

Setakat gerakan memburu PATI musim COVID-19 ini belum tersua lagi dengan pelancong-pelancong itu.

Mereka tidak tinggal di rumah-rumah kongsi, kerana mereka datang ke Malaysia bukan untuk bekerja sebagai kuli atau buruh kasar di ladang-ladang, lombong-lombong dan tempat pembinaan .

Mereka adalah golongan berpendidikan dan berkemahiran.

Mereka tinggal di kediaman mewah dan berbelanja besar. Operasi mereka di hujung jari.

Dahulu mereka datang sebagai imigran dan ditempatkan di lombong-lombong dan ladang-ladang.

Sebelum merdeka iaitu sekitar tahun 1953, mereka memperolehi tanah ribuan ekar danĀ  tanah-tanah di bandar diberi oleh British.

Sekarang mereka datang lagi. Mereka datang bukan untuk melancong, tetapi untuk menetap di negara ini.

Mana ada dalam rekod pelancongan di dunia ini melancong di sebuah negara kecil mencecah beberapa tahun, melainkan ada perancangan sulit lain telah disusun oleh dalang-dalang besar dari dalam negara ini.
sendiri.

Mereka datang untuk menetap di negara ini serta mendapatkan kewarganegaraan secara tipu muslihat dan mengorek lagi saki baki harta kekayaan negara ini.

Ustaz Sharipudin Ab Kadir
YDP ISMA Pasir Puteh
Ketua Perhubungan ISMA Kelantan

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close