Berita Utama

Warga asing ditahan semasa PKP tiada dokumen perjalanan sah

Majikan sepatutnya tidak boleh pegang dokumen warga asing

PUTRAJAYA, 6 Syawal 1441H, Jumaat – Semua warga asing yang ditahan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata sekiranya warga asing masuk ke dalam negara secara sah mereka pasti mempunyai dokumen perjalanan diri atau i-kad sebagai pengenalan diri masing-masing.

“Yang kena tangkap semua tiada dokumen… memang majikan sepatutnya tidak boleh pegang dokumen (warga asing) tetapi majikan ada mengeluarkan i-kad (untuk pekerja) .

“i-kad adalah kad pengganti pengenalan diri dan jika ditahan pihak berkuasa seperti Imigresen mereka boleh tunjukkan i-kad kepada pihak berkuasa… sudah tentu sahaja mereka tidak boleh dianggap sebagai pendatang tanpa izin,” katanya pada sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini, hari ini.

Beliau mengakui sesetengah majikan bertindak menyimpan dokumen perjalanan warga asing kerana bimbang pekerja mereka melarikan diri dan sebagainya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close