Dunia

5 hari bertarung nyawa, akhirnya pemuda Palestin ditembak rejim Israel meninggal

Polisi kejam Zionis punca kanak-kanak hilang tempat tinggal

RAMALLAH, 14 Safar 1444H, Ahad – Selepas lima hari bertarung nyawa, seorang pemuda Palestin menghembuskan nafas terakhir hari ini akibat kecederaan parah ditembak tentera pengganas Israel ketika perobohan rumah di Tebing Barat.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan mengesahkan Hamad Mustafa Hussein Abu Jelda, 24, parah ditembak pasukan pendudukan Israel di kem Jenin pada Selasa lalu.

Menurut sumber keselamatan di Jenin, Hamad ditembak ketika serbuan tentera Israel ke atas kem untuk memusnahkan rumah Raad Hazem – yang didakwa membunuh tiga warga Israel di Tel Aviv.

Hazem melakukan tembakan di Jalan Dizengoff di Tel Aviv pada 7 April sebelum ditembak mati selepas pemburuan besar-besaran dilakukan.

Bapanya, Fathi dan abang, Hamam kedua-duanya menjadi individu dikehendaki Israel.

Petisyen keluarga Hazem untuk menghalang perobohan telah ditolak oleh mahkamah Israel pada 30 Mei.

Aktivis hak asasi manusia berkata, dasar Israel merobohkan rumah yang disyaki penyerang adalah hukuman kolektif kerana ia menyebabkan kanak-kanak kehilangan tempat tinggal.

Bagaimanapun, Israel mendakwa amalan itu berkesan dalam menghalang rakyat Palestin daripada melakukan serangan.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button