Berita Utama

Golongan politik ‘mabuk kuasa’ boleh jahanamkan negara

Cadang golongan seperti ini diharamkan sertai PRU sehingga bertaubat

BANGI, 6 Syawal 1441H, Jumaat – Golongan politik yang mabuk kuasa lebih merbahaya daripada pemandu mabuk yang membahayakan diri sendiri serta orang ramai, demikian sindir Pengerusi Ikatan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (iPeguam), Muhammad Luttfi Abdul Khalid.

Hal ini kerana, dakwanya, golongan berkenaan mampu menjahanamkan negara dan tiada undang-undang yang boleh menghukum mereka.

Katanya, perkara itu berbeza dengan dengan pemandu mabuk yang masih memiliki peruntukan perundangan untuk menangani mereka.

“Justeru, saya ingin mencadangkan supaya dibawa satu usul di Parlimen untuk menghalang dan ‘mengharamkan’ mana-mana pemimpin yang mabuk kuasa ini dari bertanding di dalam mana-mana pilihan raya, sama ada sepanjang hayat atau sehingga mereka ‘bertaubat’.

“…selesai menjalani rawatan sakit jiwa (rehabilitation) dan meminta maaf kepada seluruh rakyat,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Luttfi yakin Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan menyaksikan ramai tokoh politik dalam kalangan calon baharu bertanding.

Beliau berkata, rakyat sudah muak untuk memilih pemimpin politik dari muka-muka sama yang dikitar semula sejak beberapa pilihan raya.

“Sudah berapa kali kenyang dengan rasuah pun kita tak dapat nak kira,” dakwanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button