Berita UtamaDunia

Kuwait rancang nasionalisasi tenaga kerja

844,000 warga India berisiko untuk dihantar pulang

KUWAIT CITY, 6 Syawal 1441H, Jumaat – Satu undang-undang baharu diusulkan oleh anggota Parlimen Kuwait bagi mengatasi ketidakseimbangan demografi yang lama antara pekerja ekspatriat dan rakyat Kuwait.

Sekiranya undang-undang itu diluluskan, ini boleh menyebabkan ratusan ribu pekerja asing diberhentikan dan diganti dengan penduduk tempatan.

Cadangan itu termasuk menetapkan had berkadar mengikut kewarganegaraan dari satu negara tidak melebihi jumlah Kuwait, yang menurut Al-Khaleej Online, akan menyebabkan 844,000 orang India dan 500,000 warga Mesir menghadapi risiko deportasi.

Hukuman yang dicadangkan kerana melanggar undang-undang itu adalah penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak melebihi 100,000 dinar (AS$323,000) atau salah satu daripada kedua-duanya.

Akhbar Kuwait Al-Rai melaporkan, Ahli Parlimen Badr Al-Mulla dan yang lain berpendapat bahawa ketidakseimbangan demografi telah membawa implikasi berbahaya di tengah pandemik coronavirus, termasuk wilayah yang padat yang telah menyumbang kepada penyebaran virus.  

Kejatuhan harga minyak mungkin juga menjadi faktor penyumbang bagi Kuwait untuk menasionalisasi pekerjaan.

Terdapat juga desakan untuk membekukan permohonan pekerjaan dari warga asing selain membatalkan permohonan yang sedang dalam proses atau hampir memperbaharui kontrak pekerja yang sedia ada.

Pihak berkuasa Kuwait dikatakan menyambut baik langkah tersebut dengan harapan semua ekspatriat yang bekerja di negara itu akan diganti oleh rakyat mereka sendiri dalam tempoh satu tahun.  

Seorang lagi Ahli Parlimen, Abdulkarim Abdullah Al-Kandari, mengatakan undang-undang itu diperlukan kerana walaupun ada peraturan yang dirancang untuk mengurangi jumlah warga asing dalam sektor pentadbiran, ekspatriat tetap terdiri dari 26 peratus pekerja sektor awam di negara itu.

Menurut angka tahun lalu dari Kuwait Public Authority for Civil Information, penduduk Kuwait adalah 4.7 juta; 30 peratus daripadanya adalah warganegara dan 70 peratus pendatang. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button