Berita Utama

Tiada kes kematian COVID-19 direkodkan 7 hari berturut-turut

103 kes baharu dilaporkan, 66 lagi pesakit telah pulih

PUTRAJAYA, 6 Syawal 1441H, Jumaat – Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 direkodkan di Malaysia tujuh hari berturut-turut sejak 23 Mei lepas dengan jumlah kumulatif kes kematian kekal pada 115 kes (1.49 peratus).

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata selain itu sebanyak 66 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih dan discaj sebanyak 6,235 kes (80.6 peratus).

“Dalam pada itu, terdapat 103 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,732 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,382 kes,” katanya dalam sidang akhbar harian perkembangan COVID-19 di sini, hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button