Uncategorized

Kes baharu positif COVID-19 di Batu Gajah

42 orang kontak rapat kes terbabit telah dikenal pasti

IPOH, 7 Syawal 1441H, Sabtu – Satu kes terbaharu melibatkan positif COVID-19) di Perak dikesan di Mukim Sungai Terap, Batu Gajah, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Kesihatan Negeri Perak melalui hantaran di Facebook milik jabatan itu hari ini.

Menurutnya, kes tersebut dikesan susulan daripada aktiviti saringan bersasar bagi pelajar tahfiz.

Jelasnya, seramai 42 orang kontak rapat kepada kes terbabit telah dikenal pasti dan sebahagian telah dihantar ke pusat kuarantin, di sini.

“Pesakit yang positif dan seorang kontak rapat telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kerana bergejala manakala 41 orang kontak rapat yang lain telah diasingkan di pusat kuarantin.

“Punca jangkitan masih dalam siasatan,” jelasnya seperti dipetik media tempatan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button