Berita UtamaDunia

Greece usir keluar lebih 10,000 pelarian

Tindakan dibimbangi cetus krisis kemanusiaan besar

ATHENS, 7 Syawal 1441H, Sabtu – Lebih 10,000 pelarian di Greece yang mendapat hak perlindungan suaka kini ditimpa musibah, apabila diusir dari tempat penginapan mereka, lapor Agensi Anadolu.

Pada masa sama, Kementerian Dasar Migrasi negara telah merancang untuk menggantikan para pelarian berkenaan dengan pencari suaka di Pulau Aegean bagi mengosongkan kem di sana.

Kemudahan berkenaan turut diberi bagi menampung tempat tinggal pencari suaka yang permohonannya masih diproses.

Para pencari suaka perlu meninggalkan tempat tinggal berkenaan dalam tempoh sebulan setelah permohonan mereka diluluskan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Jerman, Cornelia Ernst mengecam tindakan Greece apabila mendakwa keputusan itu akan mengakibatkan ramai pelarian kehilangan tempat tinggal, tidak dapat menampung kehidupan disebabkan tiada sumber kewangan, malah wabak COVID-19 berkemungkinan menular dengan lebih cepat.

“Dua ribu pencari suaka telah ditolak permohonan mereka ketika perintah berkurung namun mereka hanya diberi masa seminggu untuk mengemukakan rayuan, dan tarikh akhir adalah pada Jumaat ini.

“Greece perlu menghentikan pengusiran ini dan tarikh akhir perlu ditukar ke tarikh yang lebih wajar,” tegasnya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button