Berita Utama

Pengusaha restoran ingkar SOP boleh disaman RM1,000

SOP merupakan garis panduan perlu dipatuhi semua pihak

PUTRAJAYA, 7 Syawal 1441H, Sabtu – Pengusaha restoran berisiko dikenakan tindakan saman maksimum RM1,000 menurut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) jika didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata SOP itu merupakan garis panduan yang perlu dipatuhi bagi mereka beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kelonggaran diberikan kepada restoran untuk beroperasi. Jadi kita harap mereka patuh SOP,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 harian di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata demikian ketika ditanya mengenai segelintir pengusaha restoran yang membenarkan pelanggan memasuki premis tanpa had serta mengabaikan aspek jarakan sosial ketika duduk di meja. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button