Berita Utama

Suami isteri terpisah dibenar rentas negeri mulai 1 Jun

Diputuskan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri atas nasihat PDRM

PUTRAJAYA, 7 Syawal 1441H, Sabtu – Pasangan suami isteri yang berjauhan, kini dibenarkan semula untuk merentas negeri bermula 1 Jun ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata perkara tersebut diputuskan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini setelah mendapat nasihat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Perjalanan merentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi urusan kerja dan kes-kes kecemasan seperti kematian atau perubatan,” katanya dalam sidang media harian di sini hari ini.

Kerajaan sebelum ini membenarkan suami atau isteri yang tinggal berjauhan diberi kelonggaran untuk melakukan perjalanan rentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk berjumpa dengan keluarga masing-masing setelah mendapat kebenaran daripada polis.

Bagaimanapun, melalui sidang media pada 21 Mei lepas, hanya beberapa hari sebelum 1 Syawal, Ismail Sabri berkata, perjalanan merentas negeri tidak dibenarkan sama sekali. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button