Berita UtamaDunia

COVID-19 di Iran paras ngeri, lebih 150,000 kes

2,516 kes baharu direkod dalam tempoh 24 jam

TEHRAN, 8 Syawal 1441H, Ahad – Jumlah kes jangkitan COVID-19 di Iran melebihi 150,000 – melepasi paras mengerikan – hari ini pada saat negara itu sedang berusaha untuk membendung trend kenaikan baru-baru ini.

Kerajaan Iran sebelum ini menarik balik sebahagian besar sekatan yang dikenakan untuk menghentikan wabak COVID-19 yang pertama kali muncul di negara itu pada pertengahan Februari lalu.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan memberi amaran bahawa risiko berlakunya semula wabak itu membabitkan kluster terbaru di beberapa wilayah.

Jurucakap kementerian, Kianoush Jahanpour berkata, sebanyak 2,516 kes baharu disahkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam terakhir, menjadikan jumlah keseluruhan ialah 151,466.

Jangkitan dilaporkan semakin meningkat di Republik itu selepas dua bulan sejak 2 Mei lalu, kes direkodkan berada pada paras terendah.

“Wabak itu juga meragut 63 nyawa dalam tempoh sama, menjadikan jumlah keseluruhan kematian ialah 7,797 orang,” kata Jahanpour.

Sehingga kini kerajaan hanya menguatkuasakan semula perintah berkurung di wilayah Khuzestan yang terletak di barat daya Iran iaitu bersempadan dengan Iraq.

Iran kini berada pada skala risiko pada tahap tertinggi melalui kod warna merah.

Pakar di dalam dan luar negara telah menyuarakan keraguan berhubung jumlah rasmi COVID-19 di Iran dengan mendakwa angka korban sebenarnya jauh lebih tinggi. – Agensi

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close