Berita Utama

‘Islam saja boleh halang fahaman liberal terus berkembang’

Siti Kassim akan serang institusi yang lahir generasi Islam?

BANGI, 8 Syawal 1441H, Ahad – Islam adalah satu-satunya agama yang boleh menghalang pemikiran liberal daripada terus berkembang di negara ini, kata Pengetua Akademi Tahfiz Indera Mahkota Pahang, Ustaz Sobri Muda.

Beliau berkata demikian menjawab tuduhan ‘luar konteks’ aktivis liberal, Siti Kassim apabila mengaitkan isu minum arak dengan sekolah tahfiz.

Peguam itu membangkang cadangan untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes kemalangan membabitkan pemandu mabuk.

Dia berkata, peningkatan kes itu disebabkan sikap tidak bertanggungjawab mereka yang mengambil minuman berakohol itu.

“Alkohol itu bukan masalah. Tapi peminum yang tidak bertanggungjawab itulah punca masalah sebenar. Begitu juga dengan isu yang melibatkan sekolah tahfiz. Masalahnya adalah disebabkan oleh pihak pengurusan sekolah.

“Kamu (PAS) mahu mengharamkan alkohol hanya kerana menepati kehendak anda, kalau begitu haramkan juga sekolah tahfiz yang telah menyebabkan banyak masalah terhadap anak kecil yang tidak berdosa,” dakwa Siti Kassim.

Mengulas dakwaan ‘sempit’ aktivis itu, Ustaz Sobri berkata, salah satu aliran – yang boleh mengekang fahaman songsang liberal – adalah mereka yang dilahirkan daripada insitusi agama termasuk sekolah tahfiz.

“Jadi, sebab itulah Siti Kasim menyerang sekolah tahfiz.

“Dari situ dia tahu bahawa sekolah tahfiz melahirkan generasi yang membaca, menghafal, memahami dan mentadabur al-Quran, yang mana generasi ini akan memperjuangkan pemikiran Islam.

“Generasi ini suatu hari nanti akan memberi ancaman kepada aliran pemikiran yg dibawa oleh beliau,” katanya dalam satu perkongsian video hari ini.

Mengulas lanjut, Ustaz Sobri percaya Siti Kassim akan sedaya-upaya untuk menyerang mana-mana institusi yang melahirkan generasi Islam.

“Dia akan serang termasuk JAKIM (Jabatan Agama Islam Malaysia). Dia tahu yang akan halang aliran liberal adalah Islam dan generasi yang memberi ancaman kepadanya.

“Sebab itulah kita faham pertembungan Siti Kasim dan orang-orang Islam di Malaysia adalah besar,” jelasnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button