Berita UtamaDunia

Masjid al-Aqsa dibuka semula hari ini

Langkah berkenaan dibuat susulan penurunan kes COVID-19

BAITULMAQDIS, 8 Syawal 1441H, Ahad – Keputusan menutup masjid al-Aqsa bagi mengekang pandemik COVID-19 sejak Mac lalu dihentikan, apabila ia mula dibuka semula hari ini.

Media antarabangsa melaporkan, para jemaah yang memakai topeng muka dilihat memasuki pekarangan masjid berkenaan pada awal pagi menjelang waktu solat Subuh.

Pengarah masjid al-Aqsa, Omar al-Kiswani mengalu-alukan kedatangan jemaah selain menzahirkan penghargaan atas kesabaran mereka.

Wilayah Palestin dan Israel kini mula mengambil langkah untuk melonggarkan sekatan susulan penurunan kes jangkitan COVID-19. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button