Berita UtamaPendapat

Sejauh mana norma baharu?

Elak anak-anak ketagih gajet, perbanyak aktiviti kemahiran

SAYA menyambut baik sikap yang ditunjukkan oleh majoriti rakyat Malaysia yang mengamalkan norma-norma baharu dalam kehidupan sehariannya, terutamanya di tempat awam dengan menjaga penjarakan sosial dan memakai topeng muka.

Tahniah!

Saya berpandangan bahawa norma-norma baharu tidak berakhir dengan hanya bertopeng muka dan penjarakan satu meter di antara sesama orang ramai.

Norma-norma yang baharu juga merangkumi cara hidup persedirian, berkeluarga, bermasyarakat, bahkan ehwal bernegara.

Norma-norma yang baharu mungkin turut merangkumi:

1. Mengurangkan makan di luar, terutamanya di restoran 24 jam atau sesekali membuat burger (burger Ramli dan sebagainya- sokong BMF) untuk menggantikan kebiasaan membawa anak-anak ke restoran McDonald atau KFC.

2. Mengadakan sesi perkongsian sekeluarga secara berkala/mingguan yang diketuai oleh sang suami atau bapa. Begitu juga budaya sihat seumpama solat berjemaah, membaca buku dan berdiskusi seisi keluarga.

3. Salah seorang mungkin terpaksa memulakan perniagaan online akibat dibuang kerja atau pun disebabkan kesukaran menghantar anak-anak ke nurseri.

4. Bagi yang berduit dan biasa bercuti tahunan di dalam atau di luar negara, inilah masanya untuk membuktikan keprihatinan yang lebih dengan mengagihkan sebahagiannya kepada keluarga dekat dan jauh, atau jiran dan masyarakat yang lebih memerlukan.

5. Menabung dan berjimat demi masa depan anak-anak dan keluarga adalah di antara rahsia tradisi ibu bapa yang berjaya. Duit yang ada didahulukan untuk perkara-perkara yang ‘essential’ dan utama sahaja.

6. Mempelajari dan menguasai kemahiran teknologi media menjadi keperluan asasi kepada majoriti rakyat Malaysia, apatah lagi sebagai ibu bapa yang ingin berjaya mengendalikan ‘part-time’ ‘home-schooling’.

7. Keluarkan anak-anak daripada kebergantungan apatah lagi ketagihan gajet dengan memperbanyakkan aktiviti kemahiran dan berinteraksi dengan alam.

8. Mengambil peduli dengan apa yang berlaku di kalangan masyarakat sekeliling dan menyumbang dengan segala kemampuan yang ada.

9. Mengambil peduli ehwal negara secara sihat termasuklah hala tuju kepimpinan negara dan ke arah mana yang ingin dibawanya demi masa depan agama, bangsa dan negara.

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
Naib Presiden ISMA

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close