Berita UtamaDunia

35 maut dalam siri serangan ganas di Burkina Faso

Sasar konvoi kemanusiaan, pasar awam di perkampungan Kompienga

BURKINA FASO, 9 Syawal 1441H, Isnin – Kumpulan bersenjata di Burkina Faso dilaporkan, menyerang konvoi kemanusiaan dan sebuah pasar, hingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh, kata pemerintah pada hari Ahad.

Pemerintah dalam satu kenyataan berkata, 25 orang terbunuh dalam serangan di pasar di perkampungan Timur Kompienga, sementara lima orang awam dan lima anggota polis tentera terbunuh dekat kampung Utara Foube.

“Kumpulan bersenjata menyasarkan konvoi kemanusiaan yang kembali dari Foube setelah menghantar bekalan. 20 orang lagi cedera dalam serangan konvoi,” katanya.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab berhubung serangan itu.

Keganasan pada hari Sabtu itu menunjukkan ketidakstabilan di beberapa bahagian di Burkina Faso, yang memerangi kumpulan bersenjata  berkaitan al-Qaeda dan ISIL (ISIS) sejak 2017.

Beratus-ratus terbunuh semenjak tahun lalu dan lebih daripada setengah juta penduduk meninggalkan rumah mereka kerana keganasan yang turut menimbulkan ketegangan etnik dan agama.

Pertumpahan darah itu berlaku selepas kematian sekurang-kurangnya 15 orang pada hari Jumaat dalam serangan ke atas konvoi yang membawa peniaga di Utara Burkina Faso.  

Serangan berkenaan yang berlaku di wilayah Loroum turut menyalahkan kumpulan bersenjata sebagai pelaku utama.

Dalam lima tahun terakhir, lebih daripada 900 orang terbunuh oleh kumpulan bersenjata, sementara sekitar 860,000 orang telah meninggalkan rumah mereka. – Agensi

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close