Berita Utama

Agong zahir ucapan hari ulang tahun TUDM ke-62

Semoga TUDM terus jadi sebuah angkatan udara disegani

KUALA LUMPUR, 9 Syawal 1441H, Isnin – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-62 kepada seluruh warga TUDM termasuk veterannya serta semua yang pernah berkhidmat dalam pasukan itu.

“Jasa, khidmat dan bakti TUDM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan ruang angkasa negara amat dihargai dan disanjungi.

“Semoga TUDM terus menjadi sebuah angkatan udara yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa, syabas dan tahniah,” titah Seri Paduka melalui hantaran yang dimuat naik dalam akaun Facebook Istana Negara.

Hari Ulang tahun TUDM disambut pada setiap 1 Jun. – Bernama

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close