Berita Utama

Berhati-hati, jangan cuai dengan salinan kad pengenalan!

Pastikan tandakan silang pada penjuru salinan, tuliskan urusan anda

BANGI, 9 Syawal 1441H, Isnin – Naib Pengerusi Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA), Cikgu Izzat Johari, hari ini sekali mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dan menjaga salinan kad pengenalan masing-masing.

Ini kerana, katanya, kehilangan salinan kad pengenalan membawa kemungkinan kepada risiko ditipu ataupun disalah guna.

Beliau menegaskan, bagi individu yang kehilangan kad pengenalan, diminta untuk segera membuat laporan polis dan terus ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membuat kad pengenalan baharu.

“Manakala bagi yang hilang salinan kad pengenalan, berhati-hati. Anda mungkin bakal menjadi mangsa ‘scammer’,” katanya di laman Facebook, hari ini.

Cikgu Izzat turut memuat naik kembali video yang menunjukkan kaedah untuk memastikan salinan kad pengenalan tidak disalahgunakan.

“Jika anda ada salinan kad pengenalan buat silang pada penjuru salinan. Biasanya bank atau mana mana institusi atau agensi akan silangkan di bahagian kanan kertas (belah atas).

“Tuliskan juga urusan anda di salinan itu. Sebagai contoh urusan pinjaman rumah, urusan telco. Jangan tidak silang. 

“Kerana salinan boleh dimanipulasi jika anda cuai, anda mungkin akan dibelenggu hutang oleh duit yang tidak diketahui,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button