Berita UtamaDunia

Israel keluar ‘arahan rasis’ roboh struktur industri Palestin

Perobohan berlaku di tengah ketegangan di Timur Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 9 Syawal 1441H, Isnin – Pihak berkuasa pendudukan haram Israel semalam mengeluarkan arahan untuk merobohkan struktur perindustrian milik Palestin berusia 200 tahun di kejiranan Wad Al-Joz yang terletak di Timur Baitulmaqdis diduduki, lapor agensi berita Wafa.

Pengerusi Dewan Perniagaan dan Industri Arab Timur Baitulmaqdis, Kamal Obeidat berkata, arahan itu dibuat berdasarkan saranan Jawatankuasa Perancangan dan Pengezonan Israel yang mana akan merobohkan sehingga 200 struktur termasuk bengkel membaiki kereta, restoran dan kemudahan lain.

“Langkah itu disifatkan sebagai ‘arahan rasis’ untuk menghancurkan satu-satunya kawasan perindustrian Palestin yang berkhidmat kepada 300,000 penduduk kota itu di Timur Baitulmaqdis semata-mata untuk membangunkan struktur Israel,” katanya.

Jurucakap Perbandaran Baitulmaqdis mengesahkan kepada Jerusalem Post bahawa bangunan-bangunan dirobohkan sebagai sebahagian daripada ‘projek bangunan’ namun tidak dapat memberikan perincian lebih lanjut.

Difahamkan perobohan itu berlaku di tengah ketegangan di bandar berkenaan apabila polis Israel menembak mati seorang rakyat Palestin yang tidak bersenjata serta mengalami kurang upaya mental berhampiran Old City di Timur Baitulmaqdis yang diduduki. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close