Berita Utama

Jasa warga TUDM amat dihargai, disanjung tinggi: PM

Muhyiddin harap TUDM kekal disegani, dihormati di persada dunia

KUALA LUMPUR, 9 Syawal 1441H, Isnin – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jasa, khidmat, dan bakti warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dalam melindungi kedaulatan serta keselamatan negara, amat dihargai dan disanjung tinggi.

Dalam ucapannya sempena Hari Ulang Tahun TUDM yang ke-62, beliau turut berharap TUDM terus kekal sebagai sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada dunia.

“Selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-62 kepada seluruh warga TUDM.

“Semoga TUDM terus kekal sebagai sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada dunia,” katanya di laman Facebook, hari ini.

Hari Ulang Tahun TUDM disambut pada setiap 1 Jun.

Sambutan kali ini bertemakan ‘Berupaya Bersiaga, Kedaulatan Terjaga.’

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button