Berita Utama

Undi PN sebagai isyarat tak puas hati pada kerajaan baharu

PRU15 Parlimen Padang Serai, DUN Tioman serentak pada Rabu

BANGI, 10 Jamadilawal 1444H, Isnin – PAS menyarankan pengundi di Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman mengundi Perikatan Nasional (PN) pada 7 Disember ini, sebagai tanda tidak puas hati terhadap kerajaan baharu.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS,Nasrudin Hassan berkata, tindakan itu perlu diberikan sebagai isyarat penolakan rakyat terhadap pembentukan kerajaan campuran yang didominasi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Jika rakyat tidak berpuas hati dengan pembentukan kerajaan PH dan BN, maka beri isyarat dengan mengundi PN di Padang Serai dan Tioman,” katanya.

Pada 19 November lalu, kerusi Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman ditangguhkan berikutan kematian calon di kedua-dua kawasan berkenaan.

Parlimen Padang Serai menyaksikan pertembungan sehingga enam penjuru yang terdiri daripada calon PH, BN, PN, Parti Warisan, Parti Pejuang dan seorang calon Bebas.

Bagaimanapun, BN memberi laluan kepada calon PH, Dr Mohamad Sofee Razak selari dengan kerjasama gabungan itu dalam membentuk kerajaan Pusat.

DUN Tioman pula menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon BN, PN, PH, Pejuang dan seorang Bebas, dengan PH memberi laluan kepada calon BN di kawasan berkenaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button