Berita Utama

PKPB: Pengecualian caj RM1 di mesin ATM kekal

Tiada permohonan dibuat pihak bank bagi ubah pelaksanaan itu

PUTRAJAYA, 9 Syawal 1441H, Isnin – Pengecualian caj RM1 di semua mesin juruwang automatik (ATM) bagi pengeluaran wang mesin MEPS masih dikekalkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dijadualkan berakhir pada 9 Jun ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setakat ini, tiada perbincangan dan permohonan dibuat dengan pihak bank bagi mengubah pelaksanaan itu yang berkuat kuasa pada 6 April lepas.

“Tiada perubahan untuk bayaran RM1 bagi pengeluaran di mesin ATM, jadi kita masih boleh nikmati faedah diberikan itu setakat hari ini,” katanya pada sidang media harian di sini hari ini.

Kerajaan sebelum ini memutuskan bahawa semua institusi perbankan dan PayNet mengecualikan caj RM1 bagi pengeluaran wang antara bank di ATM yang menggunakan rangkaian Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS) bagi mengelak kesesakan di kaunter bank. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button