Uncategorized

20 maut tanah runtuh di India

Banyak mangsa terperangkap, angka korban mungkin meningkat

NEW DELHI, 10 Syawal 1441H, Selasa – Sekurang-kurangnya 20 orang termasuk 10 kanak-kanak maut, dalam kejadian tanah runtuh di Timur Laut India, selepas hujan pra-monsun tiga berturut-turut.

Menteri Perhutanan, Parimal Suklabaidya berkata, tanah runtuh itu yang berlaku di Lembah Barak, di selatan Assam State telah memusnahkan beberapa buah rumah.

Katanya, pekerja penyelamat percaya mereka akan menemui lebih banyak mayat yang terperangkap dan angka korban juga dijangka meningkat.

Banjir di timur laut India adalah bencana tahunan, namun kebiasaannya musim tengkujuh sebelum ini jatuh antara bulan Julai dan September.

Kawasan berbukit di rantau ini berisiko mengalami tanah runtuh apabila hujan lebat.

Terdahulu, negeri itu mengalami banjir di beberapa daerah telah mengorbankan kira-kira sembilan orang, manakala hampir 200,000 buah rumah rosak dan lebih 2,600 hektar tanaman musnah dalam beberapa minggu ini. -Agensi

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close